Artikel

PTS di Popular Seremban

oleh Helmi pada 16 Jun 2005

Pn Ainon memberikan ceramah yang betajuk Bagaimana Menjadi Penulis Berjaya di Pasaran. Dalam ceramahnya Pn Ainon memberikan tip-tip dan panduan bagaimana hendak mejadi penulis dan membuat duit dengan penulis. Menurut Pn Ainon, di Malaysia ketika ini terdapat tidak kurang 10 penulis berjaya membuat duit dengan menulis. Mereka memperolehi royalti tahunan tidak kurang dari RM100,00.00.

Pn Ainon menyangkal sama sekali dakwaan yang menyebut menulis dalam bahasa Melayu tidak menguntungkan terutama jika menulis buku-buku yang becorak ilmu. Ini kerana menurut beliau, meraka yang kaya raya dengan menulis di Malaysia adalah penulis buku-buku dalam bahasa Melayu. Pn Ainon sendiri adalah dikalangan penulis tersebut dan beliau menulis buku-buku becorak ilmu seperti buku-buku kemahiran befikir, pembangunan diri, komunikasi, bahasa dan kamus. Kebanyakan buku-buku Pn Ainon di ulang cetak melebihi 3 kali ada yang masih laris walaupun sudah lebih lima tahun di pasaran

Pn Ainon menasihatkan mereka yang berminat menjadi penulis agar berhati-hati meilh penerbit. Carilah penerbit yang mampu membantu penulis mencari hala tuju dan membangunkan potensi penulis. Selain penerbit itu perlu berkredibiliti serta tidak mencengkam hak-hak penulis.

Puan Ainon juga menekankan bahawa untuk menjadi penulis berjaya seseorang penulis itu tidak boleh berpuas hati dengan satu karya. Sebaliknya mereka perlu menghasilkan lebih dari dua karya setahun supaya dikenali ramai dan dapat membina peminat. Peminat ini secara tidak langusng membantu menyebarkan dan mempromosi buku-buku kepada orang lain.  Tidak ada istilah karya agung untuk menjadi popular. Beliau memberi contoh Siti Nurhaliza tidak munkin di kenali ramai jika hanya menghasilkan satu album.

Menurut Pn Ainon lagi, kebanyakan penulis PTS sudah menghasilkan lebih satu buku dan mereka mempunyai peminat mereka sendiri. Mereka itu rata-rata merupakan penulis muda dan tidak pernah menulis buku sebelum ini. PTS sendiri membantu membangunkan bakat dan potensi setiap penulis PTS melalui bengkel-bengkel penulisan dan program mentor-mentee di kalangan penulis baru dan yang sudah menghasilkan lebih dua karya. Penulis PTS ibarat sebuah keluarga besar.

Ceramah Pn Ainon sejam itu di akhiri dengan sesi autograf dab soal-jawab dengan pengunjung. Ramai dikalangan pengunjung berminat menuyertai program bengkel penulisan dan menjadi mentee Pn Ainon.

Ini adalah kali pertama kemunculan penulis PTS di Popular Bookstore. Sebelum ini aktiviti bersama penulis PTS di tempat awam banyak di adakan di cawangan-cawangan MPH Bookstores di Lembah Kelang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025