Artikel
PTS @ Ekspo Buku Islam 2, Putrajaya
oleh [email protected] pada 15 Feb 2012
Dengan bertemakan 'Suburkan jiwa dengan ilmu, sirami ibadat dengan amal' Sinergi Ilmu sekali lagi menganjurkan Ekspo Buku Islam edisi ke 2.
Ekspo ini bermula 24 Februari sehingga 4 Mac 2012. Edisi kali ini akan diadakan di Dewan Cempaka Sari, Precint 3, Putrajaya. Dewan ini berhadapan di Masjid Sultan Mizan ataupun dikenali sebagai Masjid Besi.
PTS juga turut menyokong dengan menawarkan pelbagai buku yang sangat subur ilmunya. Selain itu, luangkan masa untuk hadir memeriahkan program-program di pentas utama antaranya:
- Tarikh: 24 Februari 2012 (Jumaat) - 2pm - 3pm
Aktiviti: Sebarkan CintaMu bersama Fatimah Syarhah - Tarikh: 26 Februari 2012 (Ahad) - 12pm - 2pm
Aktiviti: Senangnya memasak bersama Chef Hanieliza - Tarikh: 3 Mac 2012 (Sabtu) - 11pm - 12pm
Aktiviti: Sesi bersama penulis Novel Islami - Zahiruddin Zabidi - Tarikh: 4 Mac 2012 (Ahad) - 3pm - 4pm
Aktiviti: Mengembara bersama Empat Puteri
Pastinya tidak rugi kita ke sana kerana banyak tawaran yang menanti. Jumpa PTS di Putrajaya.