Artikel

PTS Hantar Wakil ke Pesta Buku Frankfurt, Jerman

oleh Roziyah pada 07 Oct 2011

PTS, syarikat penerbitan bahasa Melayu nombor satu buat kali keduanya menghantar 6 orang pegawainya ke Pesta Buku Terbesar Dunia di Frankfurt Jerman.

Pesta buku yang menjadi lubuk pertemuan semua penerbit terbaik dunia menjadi medan terbaik PTS melabuhkan buku-buku terbitannya ke pasaran dunia.

Setelah 11 tahun bertapak dalam industri penerbitan, PTS juga mengambil langkah meneroka pasaran yang lebih besar.

Melalui Pesta Buku Frankfurt yang bermula 12 dari hingga 16 Oktober ini juga memberi peluang kepada PTS mendapatkan lesen buku-buku terbaik di setiap pelusok dunia bagi diterjemahkan.

PTS juga bertuah apabila 6 wakilnya berpeluang mengadakan temujanji bersama beberapa penerbit hebat dunia. Antara penerbit yang bakal bertemu muka dengan PTS adalah Nickelodeon Global Publishing (US), Simon & Schuster US, Harper Collins Children (US) dan banyak lagi.

Antara wakil PTS yang bergerak ke Pesta Buku Frankfurt ini termasuklah Pengarah Urusan PTS, Tuan Arief Hakim Sani Rahmat, Pengurus Besar Penerbitan, Tuan Fauzul Naim Ishak, Timbalan Pengurus Penerbitan, Tuan Ikram Wazir Pengurus Pemasaran, Puan Nor Hazizam Ab Rahman dan Pengurus Jualan, Tuan Nazrul, dan Ketua Unit PTS Profesional, Cikpuan Fatin Farhana.

PTS dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) diharapkan dapat menyemarakkan lagi industri buku Malaysia di mata dunia.

Selain itu, PTS juga membawa buku-buku terbaik dan laris keluaran anak-anak syarikat PTS bagi jualan lesen di luar negara. Hal ini bagi memudahkan syarikat-syarikat dari luar negara mengetahui buku terbaik PTS yang sesuai untuk diterjemahkan di negara mereka.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025