Artikel
Meriahkan Pesta Buku Ain Maisarah
oleh Roziyah pada 10 Oct 2011
Peminat penulis buku remaja paling popular di Malaysia, Ain Maisarah berpeluang berpeluang bertemu penulis kesayangan ramai ini di pesta buku yang akan diadakan tidak lama lagi.
Pesta Buku Ain Maisarah ini memberi peluang kepada peminat beliau yang berada di sekitar Gombak bagi bertemu dan beramah mesra dengan ikon penulis yang digilai ramai ini.
Pesta Buku Ain Maisarah yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Gombak Utara diadakan di PKG Gombak pada 28, 29, dan 30 Oktober 2011 ini.
Semua peminat buku yang berada di sekitar gombak di dijemput menyertai dan memeriahkan pesta buku yang diadakan bermula dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang.