Artikel

Forum Sastera Kanak-Kanak di Festival Buku Kanak-Kanak 2011

oleh Roziyah pada 20 Oct 2011

Festival Buku Kanak-Kanak 2011 membawakan Forum Sastera Kanak-Kanak kepada umum bagi membincangkan perihal buku dan sastera kanak-kanak.

Forum ini akan membincangkan secara lanjut mengenai pandangan dari penggiat sastera kanak-kanak mengenai minat kanak-kanak dan remaja terhadap buku dan pembacaan masa kini.

Selain itu, forum yang diadakan khas sempena Festival Buku Kanak-Kanak 2011 ini juga akan membincangkan genre sastera kanak-kanak yang diminati oleh kanak-kanak dan remaja masa kini.

Antara ahli panel yang terlibat termasuklah Prof. Dr Md Sidin Bin Ahmad Ishak, Penyarah di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Alireza Karimdadian dari Iran dan Puan Rosnah Awang dari Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penulis, penerbit, ilustrator, pustakawan serta orang ramai dijemput hadir bagi mendapatkan informasi mengenai kepelbagaian buku dan sastera untuk kanak-kanak.

Forum ini diadakan pada 29 Oktober 2011 bertempat di Dewan Melor, Perpustakaan Kuala Lumpur sempena Festival Buku Kanak-Kanak 2011 yang diadakan bermula 27 Oktober hingga 2 November 2011 ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024