Artikel
PTS @ Media: Ikuti Rancangan Pelik Tapi Sedap di RTM1
oleh Amirah pada 06 Apr 2013
Jangan lupa saksikan rancangan Pelik Tapi Sedap di RTM1 bermula 7 April ini yang menampilkan buku-buku PTS sebagai hadiah tajaan untuk kuiz dan artis-artis undangan.
Pelik Tapi Sedap yang sudah memasuki musim ke-4 adalah rancangan masakan yang menampilkan bahan-bahan masakan pelik dari seluruh tanah air namun menghasilkan hidangan yang sedap.
Rancangan yang bersiaran sebanyak 13 episod ini menampilkan Zaibo sebagai pengacara dan artis-artis tempatan sebagai tetamu undangan.
Berikut adalah butiran siaran rancangan:
Hari: Ahad
Masa: 12.30 tengah hari