Artikel
PTS Merangsang Semangat Patriotik
oleh Helmi pada 16 Sep 2005
Majlis yang di adakan di Alamanda Shopping Complex, Putrajaya ini telah disempurnakan oleh Datuk Dr Abdullah Abdul Rahman, Pengarah MPH Group. Turut serta mewakili MPH Bookstores Sdn Bhd adalah Puan Patricia Chen ( Chief Operation Officer ) dan Mr. Lua Chun Pin ( General Manager- Operation ). Manakala di pihak PTS, Pn Ainon Mohd sebagai Pengerusi Kumpulan PTS mewakili syarikat-syarikat PTS.
Majlis yang berlangsung kira-kira sejam itu di meriahkan dengan persembahan Sajak Rosli Dhobi yang disampaikan oleh Abang Syaifudin, penulis buku Rosli Dhobi Rukun Berdarah diiringi dengan petikan gitar oleh Sdr Nurin, illustrator PTS One. Bait-bait sajak dan catatan dari beberapa warkah Rosli Dhobi yang ditulis sebelum beliau dihukum gantung oleh British yang dibacakan oleh Abang Syaifudin ternyata menyentuh hati dan perasaan hadirin. Para hadirin juga turut dihibur dengan persembahan gurindam oleh Aripin Said, pakar sastera rakyat. Beliau menyanyikan 5 buah lagu yang berkisar tentang patriotik dan lagu-lagu rakyat.
Siri Patriotik PTS ini merupakan koleksi buku-buku yang berunsurkan sejarah dan patriotik untuk kanak-kanak. Untuk permulaan sebanyak 6 buah judul dalam siri ini diterbitkan. Judul-judul dalam siri ini adalah :
1. Rosli Dhobi Rukun Berdarah (Nomik)
2. Harimau Malaysia di Somalia (Nomik)
3. Askar Berjalan Kaki (Nomik)
4. Datuk Bahaman siri 1 (Komik)
5. Datuk Bahaman siri 2 (Komik)
6. Datuk Bahaman siri 3 (Komik)
PTS One Sdn Bhd merancang untuk mengembangkan lagi Siri Patriotik PTS untuk memperkayakan bahan-bahan dalam siri ini sekali gus merangsang semangat patriotik masyarakat dari usia muda remaja dan kanak-kanak.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Khairul Anuar al-Hafiz dari Kuwait Financial House.