Artikel
PTS Millenia Hasilkan Rakaman DVD Resipi Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza
oleh Roziyah pada 11 Jan 2011
Unit buku masakan PTS Millenia kita melangkah lebih jauh dengan menghasilkan rakaman DVD khas bersama penulis buku masakan PTS, Chef Hanieliza.
Rakaman DVD ini dilaksanakan khas bagi menghargai peminat Chef Hanieliza yang selama ini tidak putus memberi sokongan kepada Chef Hanieliza.
Menurut Pengurus Penerbitan PTS Millenia, rakaman DVD masakan ini menampilkan keistimewaannya yang tersendiri kerana menggunakan krew profesional dan terlatih bagi menghasilkan rakaman yang berkualiti tinggi dan setaraf dengan rancangan masakan yang disiarkan di televisyen.
"Chef Hanieliza dipilih bagi menjayakan rakaman masakan ini kerana kita menerima banyak permintaan daripada peminat yang mahu Chef Hanieliza tampil dalam rancangan masakan. Inisiatif ini diambil bagi memenuhi permintaan pelanggan," jelas Tuan Ikram lanjut.
Rakaman DVD senangnya memasak ini dikeluarkan bersama buku Senangnya Memasak bersama Chef Hanieliza dengan harga yang istimewa dan mampu memberi keterujaan kepada peminat.
DVD ini memaparkan 10 resipi istimewa daripada Chef Hanieliza. Lima resipi daripada buku dan lima resipi baru disediakan dalam harga yang menarik.
Chef Hanieliza kini berkampung di studio PTS selama 12 hari tanpa henti bagi menghasilkan rakaman terbaik khas buat peminat-peminat setianya.
Rakaman DVD ini dijangkakan akan dikeluarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBKKL) ini.
Nantikan rakaman DVD yang pastinya memberikan keterujaan kepada peminat buku masakan di Malaysia.