Artikel

Peraduan Teka Judul Buku PTS 2010: Pemenang Teruja Terima Hadiah

oleh Roziyah pada 11 Jan 2011

Penerima hadiah keseluruhan, hadiah tempat ketiga, peraduan teka judul buku PTS 2010 gembira apabila dimaklumkan menjadi pemenang tempat ketiga bagi hadiah utama Peraduan Teka Judul Buku PTS tahun 2010.

Puan Asiah Rimon yang datang sendiri ke ibu pejabat PTS bagi mengambil hadiah menerima Blackberry Smart Phone dan buku PTS bernilai RM1,000.

"Harapnya PTS dapat meneruskan peraduan seperti ini. Peraduan ini memberi mesej kepada masyarakat agar lebih mengenali peranan PTS yang menerbitkan pelbagai bahan bacaan dalam pelbagai ketegori," ujar Puan Asiah.

Beliau juga berharap agar PTS terus meningkatkan lagi bagi menerbitkan karya-karya yang bermutu, ilmiah dan menerapkan nilai Islami kepada masyarakat.

Peraduan Teka Judul Buku PTS 2010 mendapat sambutan baik daripada peminat-peminat buku terbitan PTS. Peraduan ini sekaligus merupakan penghargaan PTS kepada peminat yang selama ini tidak jemu menyokong usaha PTS bagi memandaikan bangsa melalui penerbitan buku-bukunya yang berkualiti.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025