Artikel
PTS Millenia Terbitkan Lebih Banyak Buku Perkahwinan dan Kekeluargaan
oleh Roziyah pada 29 Nov 2010
Cuti sekolah menjadi waktu yang bernilai kepada mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan. PTS Millenia mengambil kesempatan ini dan menerbitkan buku-buku menarik dan pastinya memberi manfaat kepada bakal pengantin.
Menurut editor perolehan PTS Millennia, Cikpuan Norashikin Wahid, PTS Milennia kini berusaha menghasilkan lebih banyak buku yang berkaitan perkahwinan dan kekeluargaan bagi memberi maklumat yang mendalam kepada mereka yang akan memasuki alam perkahwinan dan maklumat tentang kekeluargaan.
"Kita menampilkan buku-buku yang lebih banyak unsur-unsur Islamiknya dalam merancang keluarga," jelas cikpuan Norashikin.
Terbaru, PTS Millenia menerbitkan buku Indahnya Malam Pengantin dan Bahagianya Menjadi Pengantin yang diterbitkan pada bulan Disember ini.
Beliau berkata, PTS Millenia juga mengambil langkah menerbitkan lebih banyak buku-buku perkahwinan daripada pelbagai sudut.
"Buku-buku yang diterbitkan ini bukan sahaj boleh dibaca oleh bakal-bakal pengantin tetapi juga kepada mereka yang sudah mempunyai keluarga. Kita menghasilkan buku daripada pelbagai sudut termasuklah buku pengantin, buku mengenai ibu mengandung dan buku mengenai penyusuan susu ibu," jelas cikpuan Norashikin lanjut.
Cikpuan Norashikin berkata, buku-buku yang diterbitkan sesuai bagi mereka yang belum berkahwin dan mereka yang sudah mempunyai keluarga.
Selain itu, PTS Millenia turut membuat penambahbaikan kepada buku-buku perkahwinan dan kekeluargaan yang sedia ada agar kelihatan lebih memberi menarik.
"Kita akan memberi nafas baru kepada buku yang pernah diterbitkan sebelum ini. Edisi baru ini memberi lebih kelainan dan manfaat kepada pembaca," jelas beliau lagi.
Buku-buku perkahwinan dan kekeluargaan yang disediakan oleh PTS Millenia juga boleh dijadikan sebagai hadiah atau hantaran kepada pengantin kerana cover-covernya yang menarik selain isinya yang memberi nilai tambah dalam membentuk keluarga bahagia.