Artikel
Pemenang Minggu Kelapan Peraduan Teka Judul Buku PTS 2010
oleh Roziyah pada 30 Nov 2010
Berita baik. Pihak penganjur Peraduan Teka Buku PTS berbesar hati mengumumkan pemenang hadiah minggu kelapan peraduan Teka Judul Buku PTS.
Berikut merupakan nama pemenang bagi hadiah minggu kelapan Peraduan Teka Judul Buku PTS.
Hadiah tempat pertama : Muhammad Syukri bin Sapuan (910101 -01- XXXX) memenangi Ipod Nano.
Hadiah tempat kedua : Mohamad bin Abd Raof (711128-02-XXXX) memenangi Kamera Digital Kodak.
Hadiah tempat ketiga : Wan Nor Aziah binti Wan Yusof (660822-11-XXXX) memenangi Nokia 2730.
Penganjur juga memilih 50 hadiah saguhati yang membawa pulang buku-buku PTS bernilai RM 25. Tuan dan puan boleh klik di sini bagi melihat senarai pemanang saguhati Peraduan Teka Judul Buku PTS.
Semua pemenang akan dihubungi melalui telefon. Semua pemenang juga dikehendaki menghantar kad peraduan SMS dan resit pembelian buku sebagai bukti pembelian ke Jabatan Pemasaran, PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor.
Kad peraduan sms dan resit pembelian ini akan dikembalikan bersama hadiah yang telah dimenangi.
Pemenang hadiah Peraduan Teka Judul Buku PTS yang ingin mendapatkan terus hadiah dialu-alukan datang sendiri ke pejabat utama PTS bagi mengambil hadiah yang dimenangi.
PTS mengucapkan tahniah kepada semua pemenang. Nantikan pemenang seterusnya bagi minggu-minggu yang berikutnya. yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.