Artikel

PTS One Perkenalkan Siri PELIT dalam PBKKL

oleh Roziyah pada 15 Dec 2010

PTS One Sdn. Bhd memperkenalkan siri PELIT kepada pengunjung yang hadir di Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur (PBKKL) kali ini.

Siri PELIT mungkin baru dalam industri buku Malaysia. PELIT merupakan kata singkatan daripada Personal Literature atau Jurnal Peribadi.

PTS One kini sudah menerbitkan tiga karya PELIT iaitu Diari Mat Despatch, Diari Si Ratu Air Mata, Diari Mat Kilang dan terbaru Diari Mat Despatch: Lelaki Baik, dan ia menjadikan kesemuanya empat judul.

Siri PELIT merupakan gaya penulisan yang berbentuk diari iaitu catatan peribadi yang menceritakan mengenai realiti kehidupan.

Seri PELIT mendapat sambutan hangat di pasaran dan diulang cetak dalam tempoh tidak sampai setahun.

Penulis remaja popular, Tuan Bahruddin Bekri dan Ahmad Fairuz akan memberi maklumat lanjut mengenai siri PELIT ini. Pengunjung juga berpeluang bertanyakan soalan yang selama ini bermain di minda sahaja.

Majlis memperkenalkan siri PELIT ini diadakan di booth PTS pada 22 Disember ini, jam 3 petang.

Jangan ketinggalan beramah mesra dengan penulis-penulis hebat PTS dan mendapatkan buku-buku PTS dengan harga yang menarik di PBKKL yang diadakan bermula 22 hingga 26 Disember ini. Datang dan saksikan kelainan PTS di PBKKL yang diadakan di PWTC kali ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025