Artikel
Pak Latip Turut Sama Meriahkan PBKKL
oleh Roziyah pada 16 Dec 2010
Penulis novel sejarah Islam pertama di Malaysia, Tuan Abdul Latip Talib turun padang bagi beramah mesra bersama dengan peminat di Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur (PBKKL).
Tuan dan puan yang meminati novel-novel hasil tulisan Tuan Abdul Latip Talib berpeluang bertemu dengan beliau pada 26 Disember ini.
Melalui pertemuan ini, peminat dapat menghuraikan segala persoalan berkaitan karya Tuan Abdul Latip yang bermain di minda dengan bertanyakan soalan kepada penulis hebat ini.
Tuan Abdul Latip Talib atau lebih dikenali sebagai Pak Latip melakukan pembaharuan dalam dunia penulisan apabila menghasilkan novel sejarah berkaitan pahlawan Islam dan pahlawan Melayu. Antara novel yang dihasilkan termasuklah pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, Tariq Ziyad dan banyak lagi.
Hasil tulisan beliau bukan sahaja dibaca oleh orang dewasa malah peminat beliau juga terdiri daripada kanak-kanak dan remaja yang ingin mendalami sejarah Islam dan Melayu.
Jangan ketinggalan memeriahkan PBKKL 2010 yang diadakan dari 22 Disember hingga 26 Disember ini. Pelbagai aktiviti menarik disediakan khas buat pengunjung yang hadir di PBKKL itu. Selain itu, PTS juga menawarkan diskaun hebat dan menarik bagi semua buku keluaranya.
PBKKL yang diadakan di PWTC memberi peluang kepada ibu bapa membawa anak-anak sekaligus mendekatkan anak-anak dengan dunia buku yang penuh ilmu demi masa depan anak-anak.