PTS Prihatin: Palestin di Hati Kami dan Pembaca PTS

oleh [email protected] pada 06 Dec 2012

197981_10151535470703852_1095516330_n

PTS Media Group Sdn. Bhd prihatin dan mengambil peranan sebagai salah sebuah organisasi yang menyokong perjuangan membebaskan Palestin. Wakil PTS, Tuan Aizat Razak, Ketua Unit Pemasaran menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Pengurus Pembangunan Produk Persatuan Aman Palestin, Puan Fauzia Osman yang beroperasi di Bandar Baru Bangi hari ini.

Sumbangan ini juga mengandungi RM1.00 hasil setiap jualan novel Gadis Kecil di Pinggir Gaza yang menerima sokongan positif daripada para pembaca dan pencinta kemanan. Secara tidak langsung, bantuan kewangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung saudara kita di sana.

Selain itu, usaha ini juga sebagai tanda sokongan kepada Misi Solidariti Gaza (MSG) Aman Palestin yang sudah berangkat ke Gaza malam tadi yang membawa bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia berjumlah 1.8 juta. Misi Solidariti yang ke-10 ini juga turut dianggotai oleh 112 sukarelawan Aman Palestin daripada cawangan Perak dan Kedah serta kakitangan Aman Palestin.

Misi kali ini juga turut membawa bantuan ubat-ubatan, bantuan terus kepada mangsa perang, keluarga miskin, anak-anak yatim, para nelayan, dan petani. Melalui inisiatif ini, PTS sentiasa memberi sokongan penuh atas usaha-usaha pembebasan bumi Palestin.