Artikel

PTS Rancang Aktiviti Meriahkan Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur

oleh Roziyah pada 25 Nov 2010

Disember ini menjadi tarikh penting kepada penggiat dan peminat buku di Malaysia apabila diadakan Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur (PBKKKL) yang menghimpunkan penerbit buku kanak-kanak dari seluruh Malaysia.

PTS selaku penerbit buku kanak-kanak berbahasa Melayu nombor satu di Malaysia tidak melepaskan peluang memeriahkan PBKKKL tersebut.

Pelbagai aktiviti yang dirancang bagi menarik minat lebih ramai peminat buku di Malaysia. Antaranya seperti aktiviti melukis komik cara moden, Kuiz bersama penulis Teen dan memperkenalkan siri Pelit dan sesi bercerita tentang buku.

Lebih menarik apabila booth bagi pesta buku kanak-kanak ini diberi sentuhan istimewa agar dapat memberi hiburan kepada pembaca cilik yang datang ke booth PTS.

PTS juga menawarkan buku-buku menarik, memberi hiburan disamping memberi pendidikan kepada pembaca cilik. Pesta buku ini merupakan langkah baik bagi menyemaikan semangat sukakan buku dan semangat membaca di kalangan anak-anak kecil.

Pesta Buku Kanak-Kanak ini akan diadakan pada 22 hingga 26 Disember 2010 yang bertempat di PWTC.

Nantikan Pesta Buku Kanak-kanak yang pastinya memberi manfaat kepada kanak-kanak sempena cuti sekolah ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024