Artikel

Promosi komik-M Rancakkan Jualan Komik di Kedai Buku Sri Wangi, Pekan.

oleh Roziyah pada 26 Nov 2010

PTS sentiasa mengambil langkah membantu kedai-kedai indie dalam mempromosikan buku-buku di kedai mereka.

Sebagai langkah mengeratkan hubungan dengan pekedai indie, wakil jualan PTS sentiasa berhubung secara terus dengan pekedai-pekedai di seluruh Malaysia selain membekalkan bahan-bahan promosi kepada pekedai-pekedai indie di Malaysia.

Terbaharu, PTS membekalkan bahan promosi Komik-M yang sekaligus merancakkan jualan Komik-M di kedai buku Sri Wangi.

Bagi pengurus pemasaran kedai buku Sri Wangi, Tuan Mustafa Othman, hubungan baik yang sentiasa diamalkan oleh wakil jualan PTS memudahkan lagi urusan di kedai beliau.

Menurut Tuan Mustafa, walaupun komik-M masih baru di pasaran namun sambutan pembaca di sekitar pahang menggalakan. Komik-M yang dikeluakan oleh PTS jelas mempunyai peminatnya yang tersendiri.

“Lebih mudah apabila ada wakil jualan yang sentiasa datang melawat ke kedai. Mereka juga akan memaklumkan sebarang promosi yang dijalankan PTS termasuk promosi komik-M. Selain itu, wakil jualan juga sering datang memeriksa sendiri buku-buku PTS di kedai bagi memastikan buku sentiasa cukup. Ini memudahkan pihak kami,” jelas Tuan Mustafa.

Kedai buku Sri Wangi yang beroperasi di Jalan Engku Muda Mansor, Pekan, Pahang ini telah beroperasi sejak tahun 1970 lagi. Beliau juga mengedarkan semua jenis buku-buku PTS termasuklah buku motivasi, buku kanak-kanak dan komik.

Kedai buku Sri Wangi yang terletak di tengah-tengah Pekan, Pahang menjadi tempat menarik bagi ulat buku sekitar Pekan yang mencari buku-buku menarik untuk dibaca.

Kedai buku Sri Wangi juga boleh dihubungi melalui talian 09-42222142 / 2031 atau faks ke 09-4222429.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024