Artikel

PTS Sedia Merchandise Eksklusif Sempena Pesta Buku Kanak-kanak 2010

oleh Roziyah pada 08 Dec 2010

Bagi memberi lebih kepuasan kepada pengunjung yang hadir pada Pesta Buku Kanak-kanak (PBKKL) 2010, PTS akan menyediakan merchandise eksklusif istimewa yang mampu dijadikan koleksi peribadi.

Pelbagai jenis merchandise menarik disediakan antaranya seperti buku nota PTS, MUG PTS, Button Badge PTS, serta T-Shirt menarik PTS.

Dengan harga yang berpatutan, pengunjung mampu mendapatkan merchandise PTS yang menarik dan berwarna-warni sebagai koleksi peribadi.

PBKKL yang akan diadakan di PWTC pada 22 hingga 26 Disember 2010 ini pastinya memberikan kelainan kepada pengunjung yang hadir.

Selain tawaran buku kanak-kanak dan remaja PTS yang menarik serta merchandise istimewa khas kepada pengunjung yang hadir, warga PTS juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang pastinya menghiburkan dan memberi manfaat kepada seisi keluarga.

Jangan ketinggalan. Ceriakan cuti sekolah ini dengan berkunjung PBKKL 2010 pada 22 hingga 26 Disember 2010 ini di PWTC serta menyertai aktiviti menarik yang disediakan.

Layari laman web PBKKL di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai PBKKL 2010 ini. 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025