Artikel

Ain Maisarah Temui Peminat di Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010

oleh Roziyah pada 10 Dec 2010

Kurang dua minggu, Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur (PBKKL) 2010 akan menemui peminat-peminat buku di Malaysia. PTS yang menyokong penuh penganjuran PBKKL ini mengambil langkah menyediakan pelbagai program kepada pengunjung yang hadir.

Bagi menambah keterujaan peminat buku remaja dan kanak-kanak, PTS menjemput Ain Maisarah bagi bertemu dan berkongsi cerita dengan peminat-peminat beliau.

Peminat yang ingin bertemu dan beramah mesra dengan Puan Ain Maisarah boleh bertemu beliau di PBKKL pada 23 dan 24 Disember ini.

Melalui program yang diadakan di booth PTS itu, Puan Ain Maisarah akan berkongsi mengenai buku 'Perang Rumah Sukan' serta Tip Diet dan Fesyen kepada peminat-peminat beliau.

Bagi peminat Ain Maisarah, jangan ketinggalan hadir ke booth PTS pada PBKKL yang diadakan di PWTC pada 22 hingga 26 Disember ini bagi beramah mesra dan mendapatkan tandatangan istimewa daripada penulis kegemaran ramai ini.

Peminat juga boleh mendapatkan semua koleksi buku Ain Maisarah terutamanya koleksi Impiana yang baru diterbitkan di booth PTS pada PBKKL ini dengan harga yang paling istimewa.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025