Artikel

PTS Temukan Ain Maisarah, Kartunis Komik-M dan Chef Hanieliza dengan Peminat di Utara

oleh Roziyah pada 15 Dec 2010

Peminat-peminat buku PTS sekitar utara kita mampu merialisasikan impian bertemu dengan penulis kesayangan mereka apabila penulis-penulis popular PTS.

PTS dengan kerjasama Popular Bookfair membawakan penulis-penulis hebat PTS bagi bertemu dan beramah mesra dengan peminat di sekitar utara tanah air.

Bertempat di Concourse Area, Alor Setar Centre Point, Alor Setar, Kedah, peminat-peminat dapat bertemu dengan Ain Maisarah, Chef Hanieliza, Tuan Shamsudin Kadir dan Pelukis Komik-M.

Program yang bermula dari 17 Disember hingga 26 Disember ini memberi peluang kepada peminat dan ulat buku sekitar utara bertemu dengan penulis kesayangan mereka.

Bermula dengan Chef Hanieliza yang mempromosikan buku 1 Hari 1 Resipi 365 Istimewa Chef Hanieliza bertemu peminat pada Jumaat, 17 Disember dari jam 5 hingga 6.45 petang. Beliau turut datang bertemu peminatnya pada Sabtu, 18 Disember jam 3 hingga 4.45 petang.

Turut hadir Penulis buku motivasi popular, Tuan Shamsudin Kadir yang menulis buku-buku motivasi antaranya Makan Gaji Tetapi Kaya, Hidup Tenang Walaupun Berhutang. Dapatkan maklumat berguna mengenai perancangan kewangan dan kehidupan daripada beliau di Popular Bookfair ini.

Penulis buku remaja popular, Puan Ain Maisarah turut hadir bagi bertemu peminat-peminat di utara tanah air. Beliau yang membawa buku Aku Mahu the Best memberi peluang kepada peminat cilik yang ingin bertemu dengan beliau. Temui Ain Maisarah pada Jumaat ini, 24 Disember 2010 dari jam 2 hingga jam 2.45 petang.

Selain itu, peminat juga dapat bertemu muka dengan pelukis Komik-M pada 26 Disember dari jam 2 hingga jam 2.45 petang.

Layari PTS Portal bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan aktiviti yang dijalankan.

Jangan lepaskan peluang bertemu dengan penulis kesayangan tuan dan puan di Popular Bookfair, Alor Setar Centre Point pada 17 Disember hingga 26 Disember ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025