Artikel
PTS Wakaf 20 Ribu Buah Buku Yasin Sempena Ramadan
oleh Roziyah pada 06 Aug 2010
Kakitangan gembira mengambil buku bagi diwakafkan
PTS telah melaksanakan program Wakaf Buku@PTS bagi memberi peluang agar ilmu di PTS dapat dikongsi bersama umum.
Ramadan kali ini, PTS telah mewakafkan buku Yasin Tahlil dengan memberikan 100 buah buku kepada setiap pekerja di PTS. PTS mengeluarkan lebih 12 ribu buku Yasin Tahlil bagi 123 orang kakitangan PTS.
"Kita berharap kakitangan dapat mewakafkan buku Yasin tersebut dengan harapan dapat berkongsi dan meningkatkan ibadah sesama kita," jelas Eksekutif Senior Sumber Manusia dan Pentadbiran, Cikpuan Shazarina Bt Mohd Azmy ketika mengulas tujuan wakaf buku PTS diadakan. Menurut beliau, wakaf buku ini bukan setakat di bulan Ramadan sahaja.
Pihak PTS tetap meneruskan usaha ini di bulan-bulan yang seterusnya dengan mengenalpasti rumah anak yatim atau mana-mana tempat yang memerlukan buku-buku PTS.
Eksekutif Senior Sumber Manusia, Cikpuan Shazarina Mohd Azmy
PTS berharap melalui wakaf Buku@PTS ini dapat memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan mendapatkan ilmu yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan mereka.