Artikel

Pihak Sekolah Jadikan Buku-Buku PTS Sebagai Hadiah

oleh Roziyah pada 06 Aug 2010

 

Cikgu Shazalina membayar buku-buku yang bakal dijadikan hadiah kepada pelajarnya.

 

Pihak Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, Negeri Sembilan bakal menghadiahkan buku-buku keluaran PTS kepada pelajarnya yang memenangi pertandingan amjuran pihak sekolah.

Cikpuan Shazalina yang juga guru Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan berkata, pihak sekolah telah memperuntukkan hampir RM500 bagi membeli buku-buku keluaran PTS sebagai hadiah kepada pemenang.

Hadiah berkenaan sempena bulan muslimah yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah mengadakan pertandingan seperti menulis buku skrap tentang tokoh-tokoh wanita Islam, Pertandingan Nasyid dan banyak lagi.

Bagi cikgu Shazalina, hadiah buku kepada pelajar ini menjadi permulaan baik dalam menanam minat membaca dikalangan pelajar sekolah.

"Kita mahu mengubah agar pelajar suka membaca. Tambahan pula PTS menggunakan Bahasa Melayu Tinggi(BMT) dan buku-bukunya juga banyaknya memberi ilmu kepada pelajar," kata cikgu Shazalina.

Cikgu Shazalina yang datang sendiri ke Pejabat Urusan PTS telah memilih beberapa buku sampena promosi Baca@Ramadan selain buku-buku menarik keluaran PTS.

Antara buku-buku yang telah dipilih sebagai hadiah kepada pelajar

 

"Buku promosi Baca@Ramadan sememangnya sesuai dengan pelajar agar mereka dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan di bulan Ramadan ini," kata cikgu Shazalina lagi.

Selain memilih buku islamik, Cikgu Shazalina juga memilih komik, novel islamik, dan buku remaja sebagai hadiah kepada pelajar beliau.

Beliau juga menyokong keras sekiranya syarikat penerbitan seperti PTS sendiri turun dan membuat promosi buku-buku kepada pelajar sekolah terutamanya sekolah di luar bandar.

"Kadang-kala pelajar sukar mendapatkan buku kerana kedai buku yang sukar didapati. Ada juga kedai buku yang jauh daripada kawasan tempat tinggal pelajar," kata beliau lagi.

Beliau wakil pihak sekolah menyambut baik sekiranya ada usaha pihak penerbitan seperti PTS bagi membuat pameran di sekolah-sekolah.

"Pihak PTS mungkin boleh mengadakan pameran, menjalankan bengkel dan bedah buku serta boleh juga menjalankan kerjasama dengan perpustakaan di sekolah-sekolah ini," jelas beliau lagi.

Ketika ditanya cara menanamkan amalan membaca di kalangan pelajar, beliau berkata guru sendiri harus memulakan amalan tersebut dan secara tidak langsung ia boleh disalurkan kepada pelajar.

Selain itu pihak penerbitan sendiri juga perlu mendekatkan diri dengan pelajar dengan menjalankan aktiviti bagi mendekatkan pelajar dengan buku.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025