Artikel
Puan Ainon Mohd Bicara Teknik Surah Yusof di RTM
oleh Roziyah pada 15 Jun 2011
Bagi peminat buku-buku terbitan PTS, tuan dan puan berpeluang meyaksikan pengasas PTS, Puan Ainon Mohd dalam program bual bicara di RTM1.
Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd akan muncul dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM 1 bagi membicarakan Teknik Surah Yusof dalam bidang penulisan.
Rancangan bual bicara yang diadakan esok, 16 Jun 2011 ini juga akan membicarakan perihal buku panduan menulis novel menggunakan Teknik Surah Yusuf.
Saksikan Selamat Pagi Malaysia esok, 16 Jun 2011 pada jam 8.20 pagi.