Artikel

Seminar Selling Rights Dedah Peluang Perniagaan E-Book

oleh Roziyah pada 15 Jun 2011

Malaysian Book Publishers Association (MABOPA) menganjurkan Seminar Selling Rights: Intermediate an Advance Level Course bagi memberi pendedahan kepada umum cerita sebenar dunia penerbitan dan hak cipta.

Menariknya, seminar ini menjemput Pengarah Hak Cipta, Pearson Education Ltd yang juga penerbit multinasional besar namanya. Beliau berpengalaman menjalankan kursus hak cipta ke serata negara. Beliau juga dianugerahkan dengan anugerah Order oleh kerajaan Inggeris atas jasanya dalam bidang penerbitan.

Seminar ini secara khusus membincangkan mengenai hak cipta dan penerbitan serantau termasuk masa depan penerbitan di UK, US dan Malaysia khasnya.

Lebih mengujakan, melalui seminar ini Lynette Owen akan mendedahkan secara khusus langkah mempromosikan e-book di Malaysia. Melalui seminar besar ini juga, pendedahan mengenai cara menjual dan mendapatkan pembeli e-book di Malaysia.

Sertai Seminar Selling Rights yang julung-julung kali diadakan di Malaysia ini pada 11 hingga 12 Julai ini di Sheraton Imperial, Kuala Lumpur. Kepada yang berminat dimohon mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Setiausaha Esekutif MABOPA, Puan Irdahwati Md Jani di talian 012-3163236 atau emailkan pertanyaan kepada [email protected].

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025