Artikel

Rahsia Menjadikan Wanita Berpantang Lebih Sihat: Resepi Ibu Berpantang

oleh Hairul Faizal Adli Ab Ghani pada 26 Sep 2013

Betapa besarnya cabaran para ibu di dunia. Sembilan mereka bersusah payah membawa kandungan yang sarat. Kemudian, mereka bertarung dengan maut pada saat mahu melahirkan anak.

Selepas itu, mereka terpaksa berpantang pula untuk mengembalikan kekuatan dan memulihkan kecederaan sewaktu bersalin.

Pemakanan yang sihat dan berkhasiat menjadi sangat penting untuk para ibu yang berpantang.

Memahami hakikat ini, sebagai seorang ibu yang dianugerahkan dengan bakat memasak, Chef Fazalina berkongsi 23 resepi ibu berpantang yang mudah disediakan.

Chef Fazalina adalah Juara Pertandingan Akhir Chef Selebriti Berita Harian 2011 dan pernah berkhidmat sebagai chef di beberapa buah hotel di Malaysia.

Resepi ibu berpantang ini sesuai untuk ibu yang bersalin normal atau secara pembedahan. Bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ini juga mudah didapati di mana-mana kedai yang berhampiran.

Cara memasak 23 resepi ini disusun mengikut aturan yang mudah diikuti. Komitmen buku resepi PTS sangat jelas. Resepi mudah, gerenti jadi.

Tambah memudahkan, kebanyakan resepi dalam buku ini mampu disiapkan dalam masa kurang daripada 30 minit.

Setiap resepi juga dilengkapkan dengan tip kesihatan dan tip memasak yang berguna untuk ibu berpantang.

Pada harga hanya RM5.50, 23 resepi istimewa dalam buku akan memberikan kepuasan maksima buat para ibu yang berpantang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024