Artikel
Rakaman Baca@Ramadan Di Sinar FM
oleh Roziyah pada 22 Jul 2010
PTS semakin giat dalam mempromosikan Baca@Ramadan bagi memeriahkan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Pelbagai promosi diadakan bagi memaklumkan umum mengenai program Baca@Ramadan yang telah dilancarkan oleh PTS, termasuklah dengan mengiklankan promosi Baca@Ramadan di stesen radio terkemuka, Sinar FM.
Iklan promosi Baca@Ramadan tersebut telah dirakamkan di studio Sinar FM. Antara pelakon yang terlibat dalam rakaman iklan tersebut termasuklah juruhebah Sinar FM, Puan Nila Kurnia sebagai isteri, Tuan Badrul sebagai suami dan Tuan Rostam sebagai suara latar dalam rakaman iklan tersebut.
Rakaman iklan mengenai koleksi buku resepi Senangnya Memasak keluaran PTS Mellenia Sdn Bhd ini khas untuk juadah di bulan puasa dan sempena hari raya.
Nantikan iklan yang bakal disiarkan di Sinar FM pada 26 Julai ini. Iklan promosi itu akan disiarkan 5 kali sehari selama seminggu.
Meriahkan Baca@Ramadan kali ini dengan membaca buku-buku yang memberi input dan ilmu dan mampu diserap untuk diamalkan bagi menambahkan pahala sepanjang Ramadan.