Artikel

Siaran Langsung Baca@Ramadan Di TV3

oleh Roziyah pada 22 Jul 2010

Awal pagi tadi berlangsungnya siaran langsung promosi Baca @Ramadan melalui rancangan bual bicara, Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. 

Rancangan bual bicara itu memaparkan buku-buku yang dihidangkan kepada peminat buku sempena Ramadan ini. 

Turut hadir, penulis buku Peristiwa Bersejarah Ramadan keluaran PTS Islamika, Ustaz Zamri Zainal Abidin yang memperkenalkan buku beliau sempena program Baca @Ramadan. 

Beliau juga ditemani Eksekutif Hubungan Media PTS, Tuan Roslan Md Isa bagi membicarakan lanjut mengenai program Baca @Ramadan yang telah dilaksanakan oleh PTS bagi memeriahkan Ramadan ini.

Pengacara MHI, Tuan Ally Iskandar turut bersemangat dalam mempromosikan Baca @Ramadan keluaran PTS bagi memeriahkan Ramadan dan memandaikan bangsa. 

Program yang berlangsung kira-kira jam 8 pagi tadi yang disiarkan di seluruh Malaysia memaparkan program Baca @Ramadan dalam proses PTS memandaikan bangsa dengan membaca buku-buku yang memberi ilmu dan manfaat.

Selain buku Peristiwa Bersejarah Ramadan, turut diperkenalkan 101 Akhlak Rasulullah keluaran PTS Islamika yang sesuai dibaca oleh kanak-kanak dalam menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan ini.

Sama-sama kita memeriahkan Ramadan kali ini dengan membaca buku yang mempunyai ilmu yang boleh diamalkan dalam menjalani ibadah puasa kali ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025