Artikel

Ranah 3 Warna Hadiah Terbaru A. Fuadi

oleh Roziyah pada 04 Apr 2011

Kisah Alif baru sahaja tamat belajar di Pondok Madani. Impiannya tinggi sehingga dia bermimpi dalam bahasa Arab dan Inggeris. Alif menanam impian mahu belajar teknologi tinggi seperti Habibie, kemudian merantau sampai ke Amerika.

Mengambil inspirasi semangat pasukan Denmark, Alif merentas rintangan berat. Baru sahaja dia tersenyum, badai lain menggempurnya silih berganti tanpa maaf. Alif yang letih dan mula bertanya-tanya, “Sampai bilakah aku perlu teguh bersabar menghadapi semua dugaan hidup?” Dia hampir-hampir menyerah. 

Rupa-rupanya mantera man jadda wajada sahaja tidak cukup sakti dalam memenangkan hidup. Alif teringat mantera kedua yang diajarkan di Pondok Madani. Man shabara zhafira. Sesiapa yang bersabar akan beruntung. Berbekalkan kedua-dua mantera itu, Alif menyongsong badai hidup satu persatu. Dapatkah dia memenangkan semua impiannya?

Ranah 3 Warna adalah hikayat perihal impian yang wajib dibela habis-habisan walaupun hidup digelung nestapa tidak berkesudahan. Tuhan sungguh bersama orang yang sabar.

Novel kedua A. Fuadi ini akan diterbitkan oleh PTS Litera Utama khas sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (2011) ini.

Tuan A. Fuadi yang menghasilkan novel Negeri 5 Menara ini akan turun booth PTS pada PBAKL 2011 ini bagi bertemu sendiri dengan peminat-peminatnya di Malaysia. Pastikan tuan dan puan tidak ketinggalan beramah mesra dan bertanya soalan kepada penulis kelahiran Indonesia ini.

Dapatkan buku menarik beliau khas di PBAKL 2011 yang bermula dari 22 April hingga 1 Mei ini di PWTC, Kuala Lumpur.

Layari juga minisite PBAKL PTS 2011 di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti terkini, berita menarik serta diskaun hebat khas daripada PTS buat tuan dan tuan peminat setia buku terbitan PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024