Artikel

A. Samad Said Bongkar Cerita Siri Apresiasi Remaja Sasterawan Negara di PBAKL

oleh Roziyah pada 04 Apr 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 kali ini membawakan lebih kelainan apabila PTS Pop Sdn Bhd membawakan Sasterawan Negara (SN), Dato’ A. Samad Said bagi bersama-sama dengan peminat-peminat beliau.

Lebih menarik, kali ini Dato’ A. Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad juga membawakan koleksi lengkap Siri Apresiasi Remaja Sasterawan Negara khas buat peminat beliau.

“Melalui koleksi buku kanak-kanak yang sudah terbit secara kelompok ini memungkinkan saya lebih mudah bercerita bagaimana buku-buku itu diilhamkan dan ditulis.

Mungkin juga bagi yang ingin tahu mengapa hanya itu sahaja siri kanak-kanak yang ditulis padahal saya boleh menghasilkan lebih banyak lagi siri kanak-kanak,” jelas Pak Samad yang ditemui wakil media PTS baru-baru ini.

Selain itu, Pak Samad dijangka akan hadir dengan hasil tangan agung dan amat bererti bagi beliau sepanjang pembabitannya dalam dunia penulisan ini. Apakah hasil tangan itu? Nantikannya di PBAKL 2011 yang berlangsung pada 22 April hingga 1 Mei 2011 ini.

Jangan ketinggalan meriahkan PBAKL dan beramah mesra dengan SN A. Samad Said di booth PTS pada 1 Mei 2011 ini.

Layari juga minisite PTS@Pesta Buku 2011 dengan klik di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut berita terkini dan aktiviti PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024