Artikel

Rancangan Sirah Nabi Papar Kandungan Buku PTS

oleh Roziyah pada 10 Aug 2010

Sambutan Ramadan ini lebih meriah dan terisi apabila siaran televisyen terkemuka, TV3 bakal memaparkan Sirah Nabi sepanjang Ramadan ini.

Rancangan berbentuk majalah, slot bercerita dan kuiz ini bersiaran semasa bulan Ramadan mengisahkan sejarah hidup para Nabi.

Lebih menarik apabila rancangan ini menyelitkan elemen bercerita serta konsep dakwah secara santai dan berkesan.

Rancangan ini juga memaparkan kandungan buku PTS seperti buku siri 31 Kisah, Novel Sejarah dan Agama yang menjadi antara kandungan rancangan tersebut.

Penonton yang bertuah juga berpeluang mendapatkan buku-buku keluaran PTS dalam rancangan tersebut.

Jangan lupa saksikan rancangan Sirah Nabi yang bersiaran sepanjang Ramadan bermula 10 Ogos ini jam 9.32 pagi di TV3.

PTS mengucapkan selamat berpuasa kepada semua peminat PTS dan semoga Ramadan kali ini mampu menyinari kehidupan kita dalam mencari redha dan ketakwaan kepada Allah.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024