Artikel

Galeri Buku Shahab: Permintaan Buku Promosi Ramadan Meningkat

oleh Roziyah pada 10 Aug 2010

Permintaan buku promosi Ramadan semakin hari semakin meningkat tambahan lagi menjelan bulan puasa yang hanya berbaki sehari sahaja lagi.

Menurut pembantu jualan Galeri Buku Shahab, Cikpuan Nadia, kebanyakkan buku PTS habis sebelum Ramadan lagi malahan ada lagi pelanggan yang datang bertanyakan buku-buku keluaran PTS.

“Pelanggan yang tidak tahu akan mengetahui promosi ini apabila PTS meletakkan bunting-bunting dan menyediakan bahan-bahan promosi di kedai ini,” kata Cikpuan Nadia.

Bagi beliau, promosi seperti ini harus dilanjutkan dari semasa ke semasa.

Selain itu, beliau juga berharap PTS akan memperbanyakkan lagi buku-buku Ramadan di tahun yang akan datang kerana jualan yang memberangsangkan terhadap bahan bacaan ini di kedai-kedai indie.

“Kita juga memperkenalkan buku PTS apabila pelanggan bertanya tentang buku Ramadan kerana PTS menghasilkan buku-buku yang sesuai berkaitan Ramadan,“jelas Cikpuan Ain.

Beliau berkata, hasil promosi Baca@Ramadan telah menyebabkan kebanyakan buku Ramadan seperti Adab Ramadan dan Diari Ramadan mendapat sambutan menggalakkan dan habis dijual dalam masa yang singkat sahaja.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024