Artikel

Rancangan Tanyalah Ustaz Sokong Usaha Baca@Ramadan

oleh Roziyah pada 09 Aug 2010

Rancangan Tanyalah Ustaz yang menjawab persoalan penonton berkaitan hal ehwal agama dan aturan Islam menyokong penuh usaha Baca@Ramadan kali ini.

Rancangan Tanyalah Ustaz berbesar hati mempromosikan Baca@Ramadan semasa siaran rancangan tersebut.

Eksekutif Hubungan Media, Tuan Roslan Md Isa memaklumkan promosi yang bermula 6 Ogos lalu akan terus bersiaran sepanjang Ramadan ini.

Melalui rancangan Tanyalah Ustaz tersebut, PTS berbesar hati memberi buku tajaan kepada pemanggil yang bertuah.

"Semoga kempen Baca@Ramadan terus mendapat sambutan dan khalayak menjadikan aktiviti membaca sebagai amalan pahala berjangkitan dan menyeronokkan," kata Tuan Roslan.

Jangan lupa menyaksikan program Tanyalah Ustaz di TV9 dan anda berpeluang menerima hadiah buku tajaan PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025