Artikel

Resensi Rahsia Bisnes Orang Korea oleh Zubli Zainordin

oleh Helmi pada 21 Sep 2006

Resensi Oleh:
Zubli Zainordin
Pengasas
Sains dan Seni Jaya Diri Total
Merangkap
Timbalan Ketua (Komunikasi)
Bukuonline.org

Pasti sudah, Rahsia Bisnes Orang Korea ini, sebuah lagi buku yang baik, yang bermutu dan bermanfaat penduduk dan rakyat Malaysia.

Itulah kesimpulan saya sesudah membaca Rahsia Bisnes Orang Korea, karya Ann Wan Seng, terbitan Syarikat Kumpulan PTS yang dipengerusikan oleh Ainon Mohd.

Pada mulanya, tidak sempat bertanya kepada Pemberi buku ini kenapa?. Namun buku ini telah dihadiahkan kepada saya oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, sempena Pesta Buku & Multimedia 2006, pada 10 September hingga 17 September baru-baru ini. Buku ini disampaikan kepada saya oleh wakilnya, Jamilah @ Chumila Katis, dan Siti Adnon Abdul Wahid.

Setelah diterima, buku ini terus saya baca, mulanya Bahagian 1, Bab Satu hingga 3. Terasa hebatnya. Kesemua bab yang itu dan seterusnya setiap bab berikutnya telah disusun padat dan teratur. Persembahannya langsung ke isi, tanpa kelok-kilas, sehingga faktanya dapat dikutip dengan mudah dan pembacaannya laju dilakukan dengan berselera.

Setumba sahaja, 3 bab sudah selesai dibaca. Rehat seketika…minum dulu. Tiba-tiba buku inipun hilang! Puas dicari, namun tidak berjumpa. Kemudian, saya dapat tahu isteri sendiri yang ambil secara senyap-senyap, dan kini sedang dibacanya. Setelah bersenda gurau, dan bergelak ketawa dengannya, perihal siapa yang baca buku ini dahulu, maka sayalah yang menang. Lalu saya sambung lagi membaca…sampai selesai bab 6.

Tidak syak lagi, buku ini, Rahsia Bisnes Orang Korea sangat ngam dengan orang bisnes seperti saya. Buku ini juga sesuai dibaca oleh isteri saya, lain-lain Individu yang sewanita Ainon Mohd, Editor pengurusannya Rozita Abdul Razak, dan Editornya Noraziah Mad.

Setumba lagi 6 bab lagi telah selesai dibaca. Rehat lagi, cari sepinggan nasi goreng ikan masin. Sambil makan, cadang nak sambung baca buku ini…kemudian, didapati sekali lagi buku ini hilang! Tanya anak-anak yang masih kecil, kemudian tanya pula ibu mereka…Semuanya tidak tahu di mana letaknya buku ini. Puas dicari lagi namun tidak berjumpa. Aduh!

Azam dihati ini ialah seandainya dijumpai sekali ini, pasti kuikat pada tubuhku, supaya tidak hilang lagi. Begitulah kuatnya azam, namun sehingga kini, belum pun lagi saya ikatkan begitu…

Sebelah petang, anak lelatuan ketiga, Zubli Quzaimer bin Zubli balik ke rumah dengan buku ini. Rupanya, dia yang ambil. Tidak diketahui sama ada dia membacanya sambil rehat di waktu bekerja sebagai juruwang di stesen Petronas berdekatan. Buku ini telah berada dengannya. Sememangnya sejak dahulu dia mencebur diri dalam perniagaan Hari Kantin di sekolahnya. Hasil jualan, seringkali saya pinjam!

Wah! Belia sepertinya pun tertarik kepada buku ini. Mungkinkah kerana ada kunci pada perkataan Rahsia. Ataukah Yin dan Yang dwi-warna yang seimbang pada perkataan Korea, di kulit buku ini, yang menyebab seseorang menjadi tertarik untuk membaca buku ini. Entahlah, belum saya ketahui.

Barangkali Ainon Mohd dan pasukannya boleh melaksanakan kutipan data yang soft, sekali lagi, akan gelagat pembaca, dalam konteks buku ini.

Namun, apa yang pasti, kisah kejayaan Bangsa seperti Amerika, Jerman, Cina, India, dan Jepun, sudah biasa Kita ketahui. Tetapi, apa yang ada pada Bangsa Korea.

Bangsa Korea?

Menyampah..! menyampah Aku tengok orang Korea main bola (sepak), begitu meluatnya Hamzah, Rakan saya seketika dulu. Sambungnya lagi, Jangan bagi dia skor gol dulu, kalau tidak, macam-macam helah dia buat, lepas tu, kita tak ada can (peluang) nak skor gol.

Lain pula pendedahan Ann Wan Seng, Siapa sangka Korea Selatan yang pernah dianggap sebagai ‘orang sakit Asia’, kini menjadi kuasa bola sepak yang digeruni dunia. Kemampuan negara itu muncul sebagai 4 pasukan bola sepak terbaik dalam pertandingan Piala Dunia, 2 tahun lepas dianggap sebagai pencapaian luar biasa.

Pada saya, motif yang kita tertarik nak baca buku ini, dan motif pengarang buku ini, serta motif terujanya penerbit yang ketika itu nak menerbitkan buku ini, adalah sama. Iaitu apakah Rahsia Bisnes Orang Korea, yang tiba-tiba muncul di pasaran Asia. Menempah nama setanding dengan lain-lain negara yang kini peneraju ekonomi dunia.

Tentunya ada sesuatu dalam buku ini yang boleh mengasyikkan pencinta buku seperti saya. Tentunya juga ada kunci pembuka pintu rahsia, yang boleh dimanfaatkan oleh Tokoh, Pemimpin, Perancang Ekonomi, Orang Bisnes, Usahawan, Usahaniagawan, Wanita, Belia, Pengurus, Penyelia, Penyelidik, Mahasiswa, dan lain-lain Individu di kalangan Penduduk dan Rakyat Malaysia.

Ketahuilah, Sesiapa yang tidak membaca buku ini, barangkali tidak akan mengetahui rahsia itu, ya…Rahsia Bisnes Orang Korea.

Saya sudah mengetahuinya, setelah selesai membaca buku yang amat berguna ini. Tentunya dalam resensi ini, tidak akan saya beritahu kepada Anda. Kalau nak tahu, beli buku ini dan baca Sendiri.

Sebenarnya, Rahsia Bisnes Orang Korea ialah sebuah buku yang dihasilkan oleh Ann Wan Seng, Karyawan yang cukup terkenal di Malaysia, berkaitan bisnes dan ekonomi. Sebagai Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Ann Wan Seng juga gemar mengkaji kejayaan bisnes lain-lain Bangsa. Selain daripada memiliki perniagaan Sendiri, Ann Wan Seng kerap menulis artikel untuk penerbitan akhbar dan majalah tempatan, menyentuh topik yang sama.

Penerbit buku ini tentulah PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. (678274-D), 21-2, Jalan Wangsa Setia 1, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Telefon: 0341427416, Faks: 0341427415, www.pts.com.my,
e-mel: [email protected].

Hakcipta Ann Wan Seng, Cetakan Pertama 2006, ISBN 983-3585-22-1. Kulit buku lembut, dan grafik yang menarik dan bermakna, oleh Izwan Ariff Ibrahim. Buku ini dihasilkan dengan binding sempurna, ukuran anggaran 22.75 cm X 15 cm. Awalan lazim ialah Prakata, 3 mukasurat, akhiran lazim ialah Bibliografi dan Indeks ringkas, iaitu 4 daripada 5 mukasurat bercetak, dan inti yang perlu dibaca terdiri daripada 6 Bahagian, bersamaan 34 Bab semuanya, setebal 170 mukasurat.

Buku yang molek ini sesuai dibaca oleh anda yang selesa dan selamba nak tahu, setiap kali bila ada orang yang dengan jerih dan jenuh mengkaji lalu mendedahkan sesuatu rahsia.

Kita sambung lagi…

Sememanglah, barangan Korea seperti Daewoo, Hyundai, Kia, LG, Samsung, dan SsangYong, adalah jenama popular di Malaysia. Di dalam rumah Kita masing-masing, barangkali, ada produk jenama ini. Namun, yang Kita nak tahu sangat ialah bagaimana jenama Korea ini menjadi terkenal di dunia dalam tempoh yang singkat? Korea yang mana satu ni, Utara ke Selatan? Itupun Kita nak kepastian juga. Seterusnya, tentulah apa yang boleh Kita manfaatkan daripada pembongkaran dan pendedahan Rahsia Bisnes Orang Korea ini oleh Ann Wan Seng.

Orang Korea mempunyai sikap yang betul dan tepat. Menurut Ann Wan Seng, orang Korea tidak menjadikan sejarah terbilang yang tidak Mereka punyai, menghalang Mereka daripada menjadi cemerlang dalam semua lapangan yang Mereka ceburi.

Tambah Ann Wan Seng lagi, mereka tidak menggunakan alasanSebaliknya semua kesukaran, keterbatasan, dan kesempitan dijadikan sebagai dorongan bagi mencapai kejayaan.

Wow!

Lagi?

Wajah orang Korea mirip seperti saya, Zubli Zainordin, yang mirip juga dengan wajah orang Cina, dan orang Jepun. Namun, kebolehan orang Korea ialah kemampuan Mereka mengubah keadaan negatif kepada situasi menguntungkan. Pada saya, sesiapapun yang berkebolehan seperti itu, InsyaAllah, pasti berjaya setanding orang lain, di dunia ini.

Pernahkah Anda mendengar, Allah tidak mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah apa yang ada padanya.

Orang Korea mempunyai kesediaan menerima perubahan, dan berani berubah dengan mengubah diri dan Bangsa Mereka, mengikut perkembangan semasa.

Ingin berjaya?
Fahamilah bahawa:
Orang yang mempunyai pegangan namun tidak mengamalkan pegangannya itu,
bezakah dengan,
Orang yang tidak mempunyai pegangan itu namun mengamalkan pegangan tersebut,
dengan
Orang yang mempunyai pegangan itu dan mengamalkan pegangannya,
dan
Orang yang tidak mempunyai pegangan itu dan tidak mengamalkan pegangan tersebut.

Tentulah berbeza, ya tidak?

Orang Korea tidak akur pada kehendak pasaran, tetapi mereka akan meneroka, mencari, dan mencipta pasaran baru bagi memasarkan produk yang dianggap sudah tepu. Demikian ditulis, Ann Wan Seng. Pada saya, itu ciri kepemimpinan yang baik.

Orang Korea memanfaatkan faktor sumber Manusia yang digabungkan dengan strategi kerja yang berkesan lalu dapat menghasilkan produk berkualiti dan mendapat pengiktirafan tinggi. Hebat!

Eisy, banyaklah lagi mutiara yang melengkapkan Rahsia Bisnes Orang Korea yang dihidang istimewa dalam buku ini oleh Ann Wan Seng. Seterusnya, anda belilah buku ini, lalu anda bacalah Sendiri, OK.

Selain daripada ke semua inti buku ini, pada saya, pertama: pendekatan yang menyertakan petikan yang mengiringi tajuk, kedua: tip dan info di kiri dan kanan teks, serta ketiga: fakta ringkas yang dipersembahkan pada akhir bab, amat membantu pembaca.

Kepada pembaca buku ini saya ingin bertanya, di manakah letaknya jambatan di Malaysia, yang dibina menggunakan kepakaran dan teknologi Korea. Klu: ‘nasyiq qandar qarre qapla yikkan’, yang tentunya telah dimakan oleh Pakar Korea sewaktu mereka membina jambatan itu di sini, dan tentunya, mereka tidak akan mendapati hidangan selazat itu lagi di negara mereka Sendiri.

Baiklah. Pada keseluruhannya buku Rahsia Bisnes Orang Korea ini, adalah buku yang baik. Pendidik, dan individu yang dididik, di seluruh institusi pendidikan di Malaysia, khususnya pendidikan subjek ekonomi dan perniagaan, wajib membaca buku ini. Dengar nasihat saya: wajib! Beli…baca!!

Komen saya satu sahaja, apakah boleh barangkali disertakan pelbagai gambar keperihalan bangsa dan negara Korea Selatan. Paparkanlah, di mana-mana celah di antara 34 bab dalam buku yang lengkap bermaklumat ini. Lagipun teringin rasanya nak menatap kejelitaan gadis Korea Selatan. Aduhai!

Jadi, terima kasih, Ann Wan Seng. Terima kasih tidak terhingga kepada anda, di atas pembongkaran dan pendedahan Rahsia Bisnes Orang Korea, yang membangkitkan kesedaran Kita, yang selama ini berjiran dengan Korea Selatan.

Sementelah ada semacam kesuraman dan kemuraman bisnes sekarang ini di sesuatu pelusuk tertentu di negara Kita. Maka, tepat sekali bukumu ini dihasilkan dan diterbitkan di negara Kita.

Ya…Orang Korea main bola, orang kita pun siiiiibuk main bola. Dengan adanya buku ini untuk dibaca, harapan saya ialah keasyikan kita bermain bola yang di sokongi ramai si gila bola, ditambah-tokok dengan amalan kecanduan membaca buku, khususnya bukumu ini, Rahsia Bisnes Orang Korea.

Tahniah kepada Nazrul Samsudin, Mohd Khairulanuar Manshor, Rozita Abdul Razak, Noraziah Mad, dan Izwan Ariff Ibrahim, serta Ahli Pasukan penerbitan dan edaran PTS Professional Publishing Sdn Bhd, kerana telah menjadikan buku ini terjadi. Kini, buku ini ada di pasaran, kerana hasil usaha kalian. Syabas! Teruskan usaha murni Anda dalam mewarnai Alam Buku di Malaysia. Doa Kami di bukuonline.org sentiasa mengiringi kalian.

Majulah Bangsa Bila Buku Dibaca Dahulu,
Seandainya Tidak, Maka…
Mundurkah Bangsa Bila Buku Dibiar Berdebu.

Zubli Zainordin
[email protected]

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025