Artikel

Resipi Juadah Kuih Tradisional Terkini: Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang

oleh Aminah Harun pada 23 Jun 2014

Sajian minum petang yang enak tidak lengkap tanpa kuih-muih tradisional Melayu. Anda tidak perlu risau lagi, dengan memiliki buku Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang dapat membantu anda menyediakan hidangan dengan mudah, ringkas, dan enak.

Sebanyak 50 000 naskhah Edisi Kedua Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang telah terjual. Buku ini merupakan antara buku resipi terlaris oleh Chef Hanieliza.

Terdapat 23 jenis resipi kuih-muih tradisional dan 7 resipi terbaru dengan gambar yang menarik. Langkah-langkah yang ringkas dapat membantu anda menyediakan kuih-muih yang enak dan berkhasiat untuk keluarga serta tetamu.

Selain itu, anda tidak perlu khuatir sama ada hidangan yang disediakan itu mencukupi ataupun berlebihan, kerana dalam buku ini dinyatakan bilangan orang untuk setiap resipi.

Pelbagai jenis aneka pilihan kuih-muih seperti Bingka Labu, Kuih Cara Manis, Popia Sira, Sardin Gulung, Onde-Onde, Penkek Kelapa Muda, Sagu Delima, Cucur Badak, dan bermacam-macam lagi dengan hanya RM 6.70 senaskhah. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024