Artikel

Resipi Mudah: Senangnya Memasak Tauhu & Telur ( Edisi Kedua)

oleh Elcy Syafina Syafri pada 30 Jun 2014

Tauhu dan Telur merupakan antara makanan yang mudah didapati serta digemari oleh pelbagai peringkat umur. Selepas terjual 50 000 naskhah buku Senangnya memasak Tauhu & Telur,  kini diterbitkan semula dengan edisi kedua berserta 7 resepi baru.

Buku resipi ini menghidangkan 23 jenis resipi tauhu, telur dalam pelbagai jenis hidangan. Buku resipi ini menjelaskan langkah-langkah yang mudah untuk menyediakan masakan yang berasaskan tauhu dan telur.

Resipi-resipi ini disediakan oleh Chef Hanieliza yang berpengalaman luas dalam bidang masakan. Hidangan yang disajikan bukan sahaja lazat, malah mudah dan cepat disediakan . Dengan berilustrasikan gambar yang menerangkan cara-cara memasak memudahkan lagi para pembaca memahami resipi ini.

Dengan harga yang mampu milik dan ilustrasi yang menarik mampu membangkitkan keinginan para pembaca mencuba resipi di buku ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024