Artikel

Mutiara Kata: #HilalAsyraf Koleksi Status Facebook Terbaik

oleh Aminah Harun pada 30 Jun 2014

Bagaimana dengan melayari media sosial dapat membantu anda memotivasikan diri? Hilal Asyraf adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan.

Beliau merupakan penulis muda yang memberi inspirasi kepada masyarakat dengan memuat naik status facebook  yang bermanfaat buat para pelayar Internet.

Kini, para pembaca boleh mendapatkan koleksi status beliau di dalam buku terbarunya yang berjudul #HilalAsyraf Koleksi Status Facebook Terbaik.

Koleksi status yang dikongsi oleh penulis ini diselitkan dengan kisah para sahabat, ayat Al-Quran, hadis, nasihat, dan kata-kata motivasi.

Antara lain yang menarik di dalam buku ini juga dicoretkan liku-liku kehidupan penulis dari aspek kehidupan sebagai remaja, suami, dan kerjaya dapat memberi ilham kepada para pembaca.

Selain tu, buku motivasi in juga sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat daripada para pelajar,remaja dan dewasa.

Gaya bahasa yang indah diungkapkan di dalam buku ini memperlihatkan jiwa dan keperibadian penulis dalam menyampaikan dakwah. Bahasa yang mudah difahami dan santai juga memudahkan para pembaca memahaminya.

Bagi pembaca yang inginkan semangat dan insipirasi dalam kehidupan bolehlah mendapatkan buku terbaru ini dengan harga yang berpatutan. Buku ini juga boleh dibeli secara online di www.bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024