Artikel

Resipi-resipi Enak dan Mudah Disediakan: 500 Kompilasi Resipi Chef Hanieliza

oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman pada 09 Feb 2015

Dengan tagline Gerenti Jadi!, buku resipi PTS adalah antara buku paling laris jualannya di pasaran. Menggunakan resipi yang terlebih dahulu diuji di dapur PTS, buku-buku resipi PTS membantu pembaca- pembacanya menghasilkan resipi dengan pantas dan tanpa perlu berfikir panjang.

Buku terbaru daripada PTS, 500 Kompilasi Resipi Chef Hanieliza adalah gabungan 15 buku Senangnya Memasak (Edisi Kedua). Antara resipi yang ditawarkan melibatkan bahan seperti ayam, kambing, daging, ikan, nasi, makanan laut, mi, mihun, dan kuetiau.

Selain itu, ada juga resipi kuih, resipi makanan barat, kerabu salad, dan kuih kukus. Sebetulnya itu baru sebahagian. Apabila dikira-kira 500 resipi, bererti kita ada resipi untuk lebih daripada setahun! Cukup banyak, cukup pelbagai, dan cukup untuk kita berubah-ubah selera.

Hanya dengan satu buku.

Kemudian resipi-resipi ini bukan hanya resipi sedia ada. Ada juga resipi baru seperti resipi nasi minyak buah kurma, nasi pudina, donat kentang, ikan pesmol, kalio daging, bebola daging lada hitam, pavlova, puding buih, ikan kukus asam aboi dan banyak lagi.

500 Kompilasi Resipi turut menawarkan langkah demi langkah yang terperinci supaya senang diikut. Ini selain penggunaan bahan-bahan yang mudah diperolehi supaya pembaca sentiasa bersedia menghasilkan hidangan.Ditambah pula dengan gambar-gambar berkualiti tinggi, semuanya memberi semangat kepada kita untuk cepat-cepat mencuba dan kemudiannya merasai sendiri keenakannya.

Selamat memasak!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024