Artikel

Reviu Buku PTS Junior: Set Buku Oh Baru Saya Faham

oleh Izzatina Hamid pada 12 Sep 2022

Setiap kali PTS Junior menerbitkan buku baru, kami pasti mahu membaca semuanya! Terbitan kali ini membawa format buku bergambar dengan tajuk yang menarik. Terdapat empat buah buku dalam Siri Oh Baru Saya Faham:

1. Duit Tidak Jatuh Dari Langit
2. Pentingnya Hidup Berjiran
3. Kenapa Tidak Boleh Abaikan Pelajaran
4. Susahnya Kalau Ayah Dibuang Kerja

Kesemua buku ini ialah karya asal Nikhila Kilambi yang diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh Marina Mohd Som. Apa yang menarik perhatian saya ialah tajuk dan topik yang diketengahkan oleh buku-buku bergambar ini. Tajuknya agak serius namun tidak lari daripada realiti kehidupan masa kini.

Eggsie paling suka membaca kisah Lily dalam Duit Tidak Jatuh Dari Langit. Buku ini dibaca bersama dan banyak soalan serta perbincangan yang Eggsie tujukan kepada saya. Eggsie tampak simpati dengan Lily dan mahu membantu menyelesaikan masalahnya. Seronok dia membaca buku yang penuh nilai murni dengan kesudahan yang menggembirakan. Walaupun buku bergambar ini agak panjang, Eggsie setia membaca kesemuanya dan terus sahaja berkata bahawa “Semuanya best!”

Pada pendapat saya, buku-buku ini sangat sesuai untuk bacaan ‘read aloud’ sekeluarga. Selain dapat meluangkan masa membaca bersama, anda juga dapat menerangkan dengan lebih lanjut tentang nilai-nilai murni dan cara menyelesaikan masalah kepada pembaca cilik anda. Sesuai juga sebagai alat bantuan belajar di rumah mahupun disekolah.

Terima kasih @pts.jr atas naskah contoh untuk resensi kali ini. Tahniah @pts.jr atas satu lagi penerbitan yang mengujakan si cilik dan ibubapa!

Nota penerbit: Reviu buku ini ditulis oleh Puan Izzatina Hamid dan boleh dilayari di pautan ini. https://www.instagram.com/p/Chox1fIJe-J/?utm_source=ig_web_copy_link

View this post on Instagram

A post shared by Izzatina Hamid (@izzatinahamid)

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024