Artikel

Kelebihan Siri Oh Baru Saya Faham

oleh books.bintulu pada 12 Sep 2022

Pasca pandemik. Kita melihat pelbagai situasi sukar dihadapi oleh ramai orang. Anak² juga tak terlepas daripada memerhati dan bertanya itu dan ini. Berpeluh juga nak menjawab soalan di luar kotak ini.

Biasanya dengan bercerita lah cara terbaik untuk menerangkan kepada anak². Siri ‘Oh Baru Saya Faham’ ini membantu saya mencipta perbualan dan menjawab soalan² mereka. Setiap kisah adalah idea yang segar, informatif dan sesuai dengan zaman sekarang. Ilustrasi pun cantik dan berwarna-warni!

❣️Kenapa Tidak Boleh Abaikan Pelajaran: Bila melihat tajuk ini, terus teringat isu keciciran pelajar akibat Covid serta hilang minat untuk belajar. Pendekatan yang diambil dalam cerita ini sangat menarik, bagaimana dua sahabat baik, Seth dan Remy mendapat kesedaran dan kaedah belajar yang sesuai dengan mereka untuk berjaya.
❣️Pentingnya Hidup Berjiran: Kisah yang memberi perspektif baharu kepada hidup berjiran. Kanak-kanak seperti Sofea memerhatikan orang dewasa di sekeliling mereka dan pengajaran supaya tidak bersangka buruk.
❣️Duit Tidak Jatuh Dari Langit: Bagus watak Lily ni. Lily berjaya mengubah tabiat suka berbelanja dengan kesedaran dan kawalan diri. Sesuai untuk mengajar anak tentang nilai duit. Ibu Lily juga sangat taktikal ye, menyelesaikan masalah tanpa perlu berleter panjang ^^
❣️ Susahnya Kalau Ayah Dibuang Kerja: Kisah yang paling menyentuh perasaan. Mengajar Rayyan untuk menerima hakikat dan penyesuaian dalam hidup setelah ayahnya hilang kerja. Penting adanya kawan baik untuk meluah perasaan dan membimbing semasa sedang kecewa.

Yang menarik lagi, watak dalam siri ini menzahirkan perasaan mereka (kecewa, sedih, marah). Tetapi kemudian mereka berjaya mendapat kesedaran dan bangkit semula. Contoh yang baik untuk mengajar sikap berdaya tahan/ resilience kepada anak-anak.

Terima kasih @pts.jr di atas bingkisan buku-buku yang sangat bermanfaat ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024