Artikel

Rindu Purnama @ PBAKL 2012

oleh Masliza Nawi pada 13 Apr 2012

Sebuah lagi karya penulis tersohor Indonesia A. Fuandi kini di pasaran. Kelainan yang dibawa dalam edisi kali ini adalah beliau telah bergabung dengan seorang lagi penulis ternama iaitu Tasaro G.K maka lahirlah Rindu Purnama.

Puan Linda selaku Editor Pengurusan Unit Terjemahan PTS Litera Utama ketika ditemubual berkata, novel ini dipilih untuk diterjemahkan ke Bahasa Melayu kerana jalan ceritanya yang dekat dengan masyarakat dan sesuai dibaca oleh semua golongan.

Selain itu tambah beliau, novel kali ini adalah unik kerana ianya gabungan dua penulis termasyhur indonesia yang sudah terkenal dengan hasil penulisan mereka yang mantap.

Kelainan yang dibawa dalam edisi kali ini ialah bahasa yang dipermudahkan untuk pemahaman, design kulit yang diubah supaya lebih mesra dengan pembaca dan harga yang mampu milik iaitu RM18.00 di semenanjung.

Buku ini berkisarkan seorang kanak-kanak yang bernama Rindu pergi ke Jakarta untuk menyara keluarganya yang miskin. Rindu bekerja sebagai seorang penjual surat kabar, namun pada suatu hari, syarikat berkenaan gulung tikar. Kemudian rakan Rindu mengajaknya untuk ke rumah perlindungan, di sana Rindu bekerja sebagai peminta sedekah. Di disilah bermula segala perjalanan onak liku kehidupan Rindu.

Dapatkan segera Rindu Purnama di booth PTS, PBAKL 2012, semua pengedar PTS di seluruh malaysia atau boleh dapatkannya di PTS Bookcafe dengan diskaun sebanyak 25 peratus.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024