Artikel

Demam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kembali lagi

oleh Masliza Nawi pada 13 Apr 2012

Setelah setahun menunggu, kini PBAKL edisi 2012 kembali lagi. Keghairahan mula terasa buat semua peminat dan penerbit buku di negara ini. PBAKL 2012 bermula dari 27 April hingga 5 Mei di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tuan Aizat Razak selaku pengarah projek bagi booth PTS menjanjikan kelainan dan kepuasan kepada semua. Kali ini PTS membuka 16 booth berbanding 12 booth tahun lepas. Katanya empat buah booth ditambah kerana sambutan yang memberangsangkan selain daripada memenuhi permintaan peminat-peminat buku PTS.

Tambahnya lagi, booth PTS masih berada di lokasi yang sama seperti tahun sebelumnya iaitu di Dewan Tun Hussein Onn.

“Dengan motto ‘kesesakan itu normal, kelancaran misi kami’ kami akan cuba memastikan booth PTS di PBAKL kali ini berlansung dengan jayanya dan membuatkan anda tersenyum lebar.” katanya.

Kepada semua, teruskan melayari Facebook PTS dan laman web PTS bagi mendappatkan informasi-informasi terkini. PTS tidak sabar melihat peminat-peminatnya berpesta ilmu untuk kali ini. Mohon tidak lupa janji temu kita, tanda di kalendar peribadi semua supaya tidak terlepas peluang berjumpa di PBAKL kali ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024