Artikel

Rumah Terbuka Rapatkan Hubungan Penulis, Pengedar dan Kakitangan PTS

oleh Roziyah pada 30 Sep 2010

PTS semalam mengadakan rumah terbuka Aidilfitri bagi meraikan penulis, pengedar buku dan kakitangan PTS yang selama ini bersama-sama meningkatkan nama PTS.

Majlis yang diadakan di Pusat Komuniti, Taman Koperasi Polis II, Batu Caves ini memberi peluang kepada penulis mengenali semua ahli PTS yang terlibat dibelakang tabir penghasilan buku-buku PTS selama ini.

Selain dihidangkan dengan aneka jenis makanan dan kuih, penulis dan pengedar buku terbitan PTS juga berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai dunia masing-masing. Majlis yang ceria ditambahkan lagi dengan perbualan yang memberi isi dan maklumat bernilai kepada semua yang hadir.

PTS juga menjemput penyokongnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama bagi memeriahkan rumah terbuka yang diadakan dengan meriah semalam.

Turut hadir ahli lembaga pengarah PTS yang sentiasa turun padang meraikan penulis, pengedar, kakitangan dan mereka yang menyokong usaha PTS dalam proses memandaikan bangsa melalui buku-buku terbitannya.

Lebih menarik apabila penulis seperti Puan Ain Maisara, Tuan Abdul Latip Talip atau Pak Latip, Chef Hanieliza dan ramai lagi penulis-penulis besar yang datang dan beramah mesra dengan kakitangan dan penulis baru PTS.

PTS juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan majlis hari raya bersama PTS semalam.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025