Artikel

Sabar Menanti Jodoh Illahi: Mengapakah Istikharah Tidak Berjawab

oleh Nor Adilah Riduan pada 06 Nov 2013

Mungkin ada dalam kalangan kita yang masih beranggapan kita perlu tidur dan menunggu mimpi ataupun gerak hati selepas melakukan solat istikharah.

Mungkin ada juga daripada kita yang beranggapan solat istikharah dilakukan semata-mata untuk memilih jodoh yang terbaik.

Malah, ramai orang melakukan kesilapan apabila mereka menyangka, mereka pasti mendapat keputusan yang betul selepas melakukan solat istikharah.

Mereka seolah-olah memaksa Tuhan supaya membuat pilihan yang betul dan memberitahu mereka menerusi mimpi ataupun gerak hati.

Oleh itu, Mengapakah Istikharah Tidak Berjawab diterbitkan bagi menjelas dan membetulkan pemahaman masyarakat terhadap maksud sebenar istikharah.

Imam Ibnu Taimiyah berpendapat, selepas istikharah dilakukan, apa yang dipermudahkan oleh Allah s.w.t. kepada seseorang, itu adalah keputusan terbaik buat dirinya.

Ini kerana seseorang itu sudah mendapatkan ilmu, maklumat, dan hujah seperti yang dikehendaki dan melakukan solat istikharah sebelum dan selepas membuat keputusan.

Kita digalakkan supaya menjadikan solat istikharah sebagai sunnah yang diamalkan di mana-mana sahaja dalam apa jua keputusan yang ingin dilakukan.

Buku ini juga menyediakan panduan menunaikan solat istikharah. Sepatutnya, kita memanfaatkan masa dan sumber yang ada dengan pilihan paling penting dan tepat untuk agama.

Ini akan menjadi bekalan apabila kita dihisab di hadapan Allah s.w.t. Bahkan keputusan yang benar pasti membawa perubahan besar dalam hidup kita.

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024