Artikel
Sabtu@PTS Berwajah Baru: Sedia Buku Istimewa Tandatangan Penulis
oleh Roziyah pada 22 Jun 2011
PTS Bookcafe sekali lagi membawakan Sabtu@PTSBookcafe kepada peminat-peminat buku tempatan yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Kali ini Sabtu@PTSBookcafe berwajah baru di tempat yang baru dan tawaran-tawaran baru yang menawan hati.
Sebagai maklumat, Bookcafe kini berpindah ke bangunan baru di alamat No. 26 Jalan DBP 3. Dolomite Business Park, 68100, Batu Caves Selangor.
Melalui Sabtu@PTSBookcafe ini, PTS akan menyediakan buku beserta tandatangan penulis remaja popular iaitu Tuan Bahruddin Bekri dan Farihah Iskandar.
Sabtu@PTSBookcafe ini juga menawarkan diskaun 25% bagi semua buku dan buku percuma bagi 50 pembeli pertama.
Melalui sabtu@PTSBookcafe juga, PTS menawarkan promosi wakaf buku bernilai RM100, RM200, RM300 dan RM500.
Jangan lupa sertai Sabtu@PTSBookcafe bagi mendapatkan buku-buku terkini dan menarik daripada PTS.