Artikel

Saluran Tuntutan Royalti Penulis

oleh Roziyah pada 04 Jul 2011

Berita baik kepada penulis PTS. PTS sudah mula mengeluarkan royalti kepada semua penulis yang bernaung di bawah anak-anak syarikat PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Kali ini, PTS menyediakan ruangan khas kepada penulis yang mempunyai soalan berkait royalti mereka. Melalui ruangan ini, penulis lebih mudah bertanya soalan dan menghantar cadangan berkait royalti yang diperolehi.

Penulis PTS boleh terus menghantar email kepada [email protected] atau mengisi soalan di borang maklum balas yang disediakan. Borang maklum balas boleh didapati dengan melayari http://pts.com.my/index.php/contact/.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025