Artikel

Saya Tidak Dibayar - Dato’ A. Samad Said

oleh Roziyah pada 11 Jul 2011

Hasil sastera kini sudah tidak lagi menjadi sesuatu yang mengasyikkan apabila ia menjadi pembakar semangat dalam menuntut hak dan menyampaikan suara yang dipinggirkan.

Terbaru, Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said membakar kembali semangat bersuara apabila menghasilkan puisi sempena perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan 9 Julai lalu.

Dato' A. Samad Said menjelaskan beliau dapat melihat bayangan yang penulis hari ini akan diperhatikan kecenderungannya ketika berkarya.

"Saya percaya penulis hari ini akan diperhatikan ke arah mana hasil tulisan mereka," jelas Dato' A. Samad Said.

Beliau yang sebelum ni disoal siasat berhubung sajak Unggun Bersih yang disampaikan dalam majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu.

"Secara tidak langsung ada juga bayangan dari pihak berkuasa yang beranggapan tulisan saya ini dibayar. Ya. Memang ada puisi saya yang dibayar apabila disiarkan di iklan dan di televisyen. Namun, puisi Unggun Bersih ini adalah tulisan yang lahir dari hati saya sendiri.

Apabila ada yang bertanya sama ada saya dibayar bagi menghasilkan puisi ini, saya rasa terhina. Seolah-olah saya terlalu mudah dibeli," ujar Dato' A. Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad.

Pak Samad melahirkan rasa sedih beliau kerana disoal siasat di bawah akta hasutan sedangkan puisi beliau itu mengandungi niat murni dan lahir dari hati.

Puisi Unggun Bersih mula mendapat perhatian umum ada pihak yang mencurigai karya penulis yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025