Artikel
Sayembara Menulis Novel Humor PTS Dilanjutkan
oleh Roziyah pada 30 Sep 2010
Berita baik kepada mereka yang berbakat dan berminat dalam dunia penulisan novel humor tempatan.
Sayembara menulis novel humor PTS Fortuna dilanjutkan bagi membuka peluang kepada mereka yang berminat menghantar karya dalam pertandingan ni.
Pertandingan yang dianjurkan pada lalu dilanjutkan bagi membuka peluang lebih ramai rakyat Malaysia yang berminat menyertai sayembara ini.
Menurut Tuan Syafiq Zulakifli, walaupun tidak memenangi pertandingan, karya yang dihantar tetap diterbitkan oleh PTS Fortuna Sdn. Bhd.
"Kita melanjutkan sayembara ini bagi membuka peluang yang lebih besar kepada mereka yang berminat dalam pertandingan ini," jelas Tuan Syafiq lagi.
Tuan dan puan yang berbakat besar dan berminat menghasilkan karya ini boleh layari klik disini bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai peraduan. Tarikh tutup penyertaan sayembara menulis novel humor ini akan diberitahu kelak.