Artikel

PTS Fortuna Terbit Semula Karya Dato’ A. Samad Said

oleh Roziyah pada 30 Sep 2010

Mulai Oktober ini, PTS Fortuna Sdn Bhd akan menerbitkan semula karya hasil tulisan sasterawan negara, Dato' A. Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad.

Menurut Editor Perolehan PTS Fortuna, Tuan Syafiq Zulakifli, Wira Bukit Sdn. Bhd yang diuruskan oleh Anak Pak Samad sendiri iaitu Tuan Helmy Samad memberikan sepenuhnya hak penerbitan kepada PTS Fortuna bagi menerbitkan semua karya-karya hasil tulisan Pak Samad.

PTS Fortuna yang sebelum ini mengadakan perbincangan bersama pengurus Wira Bukit Sdn. Bhd mencapai kata sepakat bagi menerbitkan dan mempromosikan semula semua karya-karya tulisan sasterawan negara itu.

"Kita juga akan menghasilkan buku kanak-kanak hasil daripada buku-buku tulisan Pak Samad," jelas beliau lagi.

Nantikan buku-buku tulisan Pak Samad terbitan PTS yang bakal menemui peminat buku pada Januari 2011 ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025