Artikel

Sebarkan Ilmu Bersama Hilal Asyaf @ Arena Buku PTS

oleh Masliza Nawi pada 22 Apr 2013

Bahang kehangatan PBAKL 2013 kian terasa. Semakin hari semakin hampir dengan tarikh yang dinanti. Perasaan teruja kian menular ke segenap peluk tubuh. Pada hari Sabtu ini 26 April 2013, bermulalah episod baru Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013.

Hari pembukaan PBAKL akan diisi dengan program Sebarkan Ilmu Bersama Hilal Asyraf. Tiga buku beliau yang akan dipromosikan dalam program ini ialah Ikram Ma’ana, Sebelum Aku Bernikah dan Untuk Kita Pendosa, bermula jam 11.30 pagi dan akan berakhir jam 1.30 petang.

Kemudian bersambung di sebelah petangnya pula pada jam 2.30 hingga 4.30 akan berlangsung program yang dijangka luar biasa hangat iaitu Sebarkan Ilmu Bersama Jerry D. Gray, penulis yang diterbangkan khas buat para peminat buku terbitan PTS. Buku beliau yang akan dipromosikan di Arena Buku PTS ialah Art of Deception, Deadly Mist dan Rasulullah Is My Doctor.

Pastikan peminat tidak ketinggalan pada hari pembukaan PBAKL 2013 kerana banyak perkara menarik menanti di sana, dan pastinya dengan program yang PTS adakan tidak akan mengecewakan para peminat semua. Jumpa di sana.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024