Artikel

Sebarkan Ilmu Bersama Rohidzir Rais

oleh Masliza Nawi pada 22 Apr 2013

Hari kedua di Arena  Buku PTS akan diadakan aktiviti Sebarkan Ilmu Bersama Rohidzir Rais iaitu seorang ustaz yang menulis buku berkenaan soal jawab mengenai solat. Soalan yang bagi kita sebenarnya mungkin tidak masuk akal tetapi ada logiknya. Soalan mungkin nampak mudah namun huraiannya jelas dan mudah difahami.

Buku yang akan diketengahkan oleh Ustaz Rohidzir Rais kali ini ialah Bimbingan Solat Sunat dan  Anda Bertanya Ustaz Akan Menjawab Berkenaan Solat. Peminat boleh bertemu mata dengan ustaz di Arena buku PTS pada jam 2.30 petag hingga 4.30 petang, ahad, 28 April 2013.

Jika ada di antara peminat mahu menanyakan soalan mengenai permasalahan dalam solat kepada ahli panel kita pada hari berkenaan, bolehlah menjengah ke Arena Buku PTS di PBAKL 2013 nanti. Jom meriahkan PBAKL 2013!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024