Artikel

Selangor Lancar Dasar Pendidikan Tahfiz Al-Quran

oleh Roziyah pada 09 Mar 2011

Kerajaan negeri Selangor baru-baru ini melancarkan Dasar Pendidikan Tahfiz Al-Quran bagi melahirkan generasi penghafaz profesional menjelang tahun 2020.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyasarkan bagi melahirkan 500 golongan hafaz Al-Quran profesional menjelang 2020 ini.

Dasar pendidikan tahfiz Al-Quran itu juga akan disusun ileh Majlis Agama Islam Selangor bersama Jawatankuasa Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor.

Beliau yang dipetik media menjelaskan institusi Tahfiz yang ditubuhkan itu juga akan diuruskan secara profesional pada tahun 2015.

Tan Sri Khalid menjelaskan perkara itu ketika merasmikan majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri 2011 dan Pelancaran Dasar Pendidikan Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025